Friday, April 28, 2017

Klinik PT3 Sains

Seramai 24 orang pelajar Tingkatan 3 yang merupakan calon-calon PT3 SMK SBU tahun 2017 telah hadir ke Klinik PT3 Sains seperti gambar di bawah. 

Klinik yang dikendalikan oleh Cikgu Rumaizah dan Cikgu Faridah Hanim beberapa hari lalu telah diadakan di Makmal Sains Tingkatan 1. 

foto

Tarikh2 Penting PT 3 2017

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kepada calon2 PT3 2017 SMK SBU dan ibu bapa mereka. Semoga menjadi panduan kepada semua yang terlibat untuk meraih kejayaan yang paling cemerlang.

Tarikh2 Penting PT3 2017

Skop Penting PPT PT3 2017

Admin sebagai salah seorang ibu bapa calon2 PT3 2017 SMK SBU, Fahim Al-Faqeh (3 Berdikari), mendoakan agar kejayaan paling cemerlang diperolehi pada tahun ini. 

Wednesday, April 26, 2017

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 SMK SBU

Peperiksaan Pertengahan Tahun atau mid-term exam akan berlansung sepanjang minggu ini. Berikut adalah jadual untuk Tingkatan 3 atau PT3. 

Jadual Peperiksaan - Tingkatan 3 / PT3
(Admin : sila duble click imej untuk lebih besar)

Seperti dalam jadual di atas, pagi tadi baru sahaja berlansung Taklimat PT3 subjek Sejarah. Ia telah diadakan dari jam 7:30 hingga 9:30 pagi. 

Seramai 244 pelajat Tingkatan 3 (calon-calon PT3) yang hadir dalam taklimat ini. Penceramah adalah Cigu Che Siti Fatimah dan Cikgu Hediyana. 

Berikut adalah beberapa keping gambar aktiviti taklimat tersebut. 

foto 1

foto 2

foto 3

Selamat menjalani Peperiksaan Pertengahan Penggal dari Admin yang mewakili pihak PIBG/KSIB dan semua ibu bapa pelajar serta para guru SMK SBU yang terlibat.

Tuesday, April 25, 2017

Biro Akademik & Sahsiah PIBG/KSIB SMK SBU 2017

Secara rasminya, Biro Akademik & Sahsiah PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017 di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

kain rentang program

Penganjuran Majlis Ramah Mesra ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah

Aturcara

Biro Akademik & Sahsiah diketuai oleh Encik/Puan ... dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Penyelenggaraan & Peralatan, Biro Ekonomi & Kebajikan, Biro Kokurikulum dan Sosial, Biro 3K & HEM dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

  • Berikut adalah fungsi-fungsi Biro Akademik & Sahsiah:Bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik dan sahsiah untuk membolehkan murid-murid mencapai prestasi tahap kejayaan yang tinggi dalam pendidikan dengan kerjasama pelbagai pihak.
  • .
  • Bertanggungjawab untuk merancang program yang berkaitan dengan sahsiah untuk membentuk keperibadian murid yang seimbang dari segi JERIS
     .

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Meja Biro Akademik & Sahsiah
Ketua Biro, En/Pn , dan ahli-ahli Biro

Semoga Biro Akademik & Sahsiah berjaya membantu pencapaian akademik dan membantu sekolah berkenaan sahsiah para pelajar SMK SBU.