Tuesday, April 25, 2017

Biro Akademik & Sahsiah PIBG/KSIB SMK SBU 2017

Secara rasminya, Biro Akademik & Sahsiah PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017 di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

kain rentang program

Penganjuran Majlis Ramah Mesra ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah

Aturcara

Biro Akademik & Sahsiah diketuai oleh Encik/Puan ... dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Penyelenggaraan & Peralatan, Biro Ekonomi & Kebajikan, Biro Kokurikulum dan Sosial, Biro 3K & HEM dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

  • Berikut adalah fungsi-fungsi Biro Akademik & Sahsiah:Bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik dan sahsiah untuk membolehkan murid-murid mencapai prestasi tahap kejayaan yang tinggi dalam pendidikan dengan kerjasama pelbagai pihak.
  • .
  • Bertanggungjawab untuk merancang program yang berkaitan dengan sahsiah untuk membentuk keperibadian murid yang seimbang dari segi JERIS
     .

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Meja Biro Akademik & Sahsiah
Ketua Biro, En/Pn , dan ahli-ahli Biro

Semoga Biro Akademik & Sahsiah berjaya membantu pencapaian akademik dan membantu sekolah berkenaan sahsiah para pelajar SMK SBU.

No comments:

Post a Comment